Quantcast
Channel: Wisata Buku Islam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 3663

Buku Al-Mu’jam Ash-Shaghir – Imam Ath-Thabrani – Pustaka Azzam

$
0
0

Wisata Buku Islam
Buku Al-Mu’jam Ash-Shaghir – Imam Ath-Thabrani – Pustaka Azzam

Buku Mu'jam Ash-Shaghir - Imam Ath-Thabrani - Pustaka AzzamNama Buku : Al-Mu’jam Ash-Shaghir 2 Jilid

Ukuran/Hal : 15.5 x 23.5 cm / – halaman

Berat: 3400 gram

Penulis: Imam Ath-Thabrani

Penerbit: Pustaka Azzam

Harga : Rp  352.000 ,- –> Rp  317.000,-

Anda Hemat: Rp 35.000,-

Jilid 1 : Rp 193.000
Jilid 2 : Rp 159.000

Pesan via Whatsapp/Telpon

0857 2510 6570

Sinopsis Buku Al-Mu’jam Ash-Shaghir – Imam Ath-Thabrani – Pustaka Azzam

Ini adalah kitab Al-Mu’jam ash-Shaghir karya atau susunan Al-Hafiz Sulaiman B. Ahmad ath-Thabrani rahimahullah (Wafat: 360H). Di dalamnya beliau membukukan pelbagai pelajaran yang beliau dapatkan dari para gurunya di pelbagai kota. Beliau mengeluarkan satu hadis (atau lebih) dari setiap gurunya. Lalu kemudian beliau menyusun hadis-hadis tersebut di dalam bukunya ini berdasarkan susunan nama-nama mereka.

Imam ath-Thabrani adalah seorang tokoh ulama hadis yang ramai gurunya. Beliau meriwayatkan hadis dari 1000 orang guru atau lebih. Beliau merupakan seorang yang luas ilmunya, kuat hafalannya, perjalanannya mencari ilmu (hadis) begitu banyak, gurunya ramai, seorang ahli fiqh, ahli bahasa, ahli tafsir, ahli qiraat, dan lainnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mengurniakan kepada beliau umur yang panjang, iaitu 100 tahun lebih.

Beliau termasuk kalangan ulama yang banyak mendapat pujian. Para ulama menggelarkan beliau sebagai Musnid ad-Dunya (iaitu seorang tokoh yang banyak riwayat hadisnya di dunia).

Kata Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H), “Beliau seorang yang tsiqah (terpercaya), luas hafalan hadis-hadisnya, mengenal cacat-cacat hadis, mengenal biografi para perawi hadis serta memahami permasalahan fiqh hadis, karya-karya tulisnya banyak sekali…”

Dan ini (kitab hadis Mu’jam ash-Shaghir) adalah antara karya beliau yang besar setelah Mu’jam al-Kabir dan Mu’jam al-Awsath. Bagi edisi terjemahan ini, ia diambil dari hasil tahqiq oleh Syaikh Muhammad Syakur. Bagi edisi ini, pentahqiq telah menyertakan secara bersama di dalamnya biodata atau biografi ringkas setiap perawi yang menjadi guru Imam ath-Thabrani. Selain itu, pentahqiq juga memberikan penomboran bagi hadis-hadis di dalamnya, menyebutkan status kesahihan hadis, menyertakan sumber-sumber lain bagi hadis yang disebutkan oleh Imam ath-Thabrani, dan beberapa lainnya.

Semoga dengan hadirnya edisi terjemahan ini, ia akan membantu para pembaca menambah sumber rujukan kitab-kitab hadis yang sedia ada. Apatah lagi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam ath-Thbarani ini kebanyakannya adalah dari rangkaian hadis-hadis yang sukar atau tidak di temui dalam kitab kitab hadist lainya.

Review Buku Al-Mu’jam Ash-Shaghir – Imam Ath-Thabrani – Pustaka Azzam

Author: Google+ by Toko Buku Islam Online Terpercaya

Kunjungi channel kami di Wisata Buku Online

baca referensi lain di id.wikipedia dan en.wikipedia

Incoming search terms:

  • al mujam ash shagir karangan suleiman ahmad cetakan pertama halaman 201

Buku Al-Mu’jam Ash-Shaghir – Imam Ath-Thabrani – Pustaka Azzam
Wisata Buku


Viewing all articles
Browse latest Browse all 3663